Thursday, 15 December 2016

TEH TERMAHAL DI DUNIA







Minuman apa yang paling sihat sekali???
Saya kata 'teh' la yang paling sihat sekali. Kenapa saya kata teh paling sihat? Mesti la sihat kalau dah 'Zero-calories' ye dakkk?  Selain dari rasa yang sedap dan bau yang beraroma teh juga mampu mengurangkan tekanan disamping membantu anda untuk kekal langsing dan awettt MUDA. Banyak sangat kebaikan teh , tapi yang paling best dan yang paling tersangat best adalah teh dapat mengurangkan selera makan. Itu adalah perkara yang paling mengujakan untuk wanita macam saya. Siapa tak nak kekal langsing kan? (sepp skit) sepp sepp mi mi mi๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

JOM KITE BELAJAR PASAL TEH HARI NI !





 TEH GOKU eh salah GYOKURO la



Teh gyokuro tidak dikisar seperti teh biasa. 
Daun teh ini dihalang dari terkena cahaya matahari selama 2 minggu sebelum ia dipetik. Keadaan ini menyebabkan tahap asid amino di dalam daun teh bertambah sekaligus menambah kemanisan rasa dan aroma kepada teh. Ini membuatkan teh ini mencecah harga $650 /kg. like wow gile mahal..  


Teh ini berasal dari daerah Uji, Japan. Gyokuro bermaksud ‘ jewel dew’ kerana warnanya yg hijau ibarat batu jade. 




TEH TAHI @ POo PoO.. hahaha

Mesti tergelak kan dengar nama teh ni ‘poo poo’ , tapi harganya boleh mencecah $1000/kg tau. Haaaa mahal betul ni walaupun sebenarnya memang ia diperbuat dari najis serangga.

Untuk lebih spesifik, najis serangga yang makan daun teh. Kerana saiz najis serangga berkenaan amat amat kecil, Petani di Taiwan mengutip cebisan najis ini menggunakan ‘tweezers dan kanta pembesar. Wow.. gigih btol.hehe. Kemudian ia akan dijadikan teh penambah tenaga dan dipercayai mempunyai khasiat perubatan tersendiri. 

Teh ini dicipta pada abad ke 18 sebagai hadiah kepada Maharaja Qianlong. 


TEH EMAS 24 KARAT woww

Teh emas ini berharga $3000 untuk setiap kg. Berbaloi dengan harganya kerana daun teh ini dicat menggunakan emas tulen, emas 24 carat tau. Untuk pengetahuan semua, teh ini selamat untuk diminum walaupun ia mengandungi emas. 


Kalau ada sesiapa yang nak rasa boleh la cari dekat Singapore ye. Teh ini dikatakan dipetik dari satu gunung, satu hari dalam setahun. Daun teh pula dipetik menggunakan gunting emas. Pucuk daun teh yang telah dipetik dikeringkan di bawah matahari dan disimpan didalam bekas bertutup. Teh akan bertukar kekuningan selepas mengeluarkan kandungan polyphenols.Teh ini amat susah untuk dijumpai kerana teh ini adalah teh istimewa bagi kerabat diraja di China.



TEH DEWA GUAN YIN

Teh ini dinamakan sempena nama Dewa Buddha iaitu Guan Yin (Iron Goddess of Mercy). Teh ini adalah sejenis ‘oolong tea’, apa itu oolong tea? Oolong tea adalah teh yang diproses melalui tahap oksidasi antara teh biasa (black tea) dan teh hijau. Jadi, ia mengandungi kebaikan teh hijau dan teh biasa.

Daun teh boleh digunakan sebanyak 7 kali sehingga hilang rasanya. Teh ini berharga$3000/kg.Ia juga kelihatan bersinar keemasan dengan struktur daun yang hijau terang dan tebal.

Selepas dibancuh, teh ini akan mengeluarkan rasa seakan buah berangan (chesnut) yang memenuhi segenap inci mulut dan lidah. menarikk la๐Ÿ˜‹ rasanya yang ni ade je jual kat kedai teh๐Ÿ˜ฌ macam kedai sugarcane kat melaka.




TEH VINTAGE :)

Teh seterusnya berharga $6500/kg. Sudah semestinya ia adalah teh kebiasaan bagi
masyarakat cina. Ia diekspot bersama kotak 
seberat 20 kg dan teh ini berusia 50 tahun 
dan mungkin lebih๐Ÿ˜ฒ

Kotak berkenaan diexport dari China ke Singapore sejak dari tahun 60an lagi. Ianya akan bertukar tangan dan dibeli oleh pengumpulnya seperti rakyat Malaysia berbangsa Cina.

Nama teh ini sempena nama mitos Greek iaitu Narcissus dan tempat ianya dipetik iaitu Gunung Wuji, di wilayah Fujian.
fakta ke auta? fakta la .. sumpah tak tipu





TEH TAIK PANDA 

Teh ini diperbuat dari taaikkk panda ke ? Jawapan ringkasnya – YA. Haha. 

Teh tahik panda ini bernilai $70,000/kg dan mungkin lebih. Cerita panjangnya begini, panda kan makan pucuk buluh, dan panda hanya menyerap 30% nutrisi dari daun buluh. Baki nutrisi ada dalam najis panda la. Jadi, najis panda ini la yang bertindak sebagai baja kepada pokok teh berkenaan. Heheh.

Tak la terok sangat kan kan.. sayur u beli pun pakai baja tahi ayam ok.. hihih





TEH TERMAHAL  SEKALI DI DUNIA

Teh termahal ini telah melalui jalan masa yang panjang, kerana teh ini telah wujud sejak Abad 
ke-18. Dan ia dipanggil sebagai ‘big red robe’. 

Pada tahun 1998, kerajaan China pernah membuat lelongan dan mendapat bidaan harga paling tinggi sebanyak $900,000.

Teh ini dikatakan mempunyai rasa bungaan yang kaya dan memenuhi segenap mulut walaupun
setelah beberapa minit diminum.

Satu kg bernilai $1.2 juta. Teh ini sangat istimewa sehingga dianggap sebagai harta masyarakat Cina. Ada kepercayaan yang mengatakan teh ini pernah menyembuhkan penyakit ibu kepada maharaja Dinasti Ming.

Teh ini mempunyai unsur perubatan dan hanya digunakan oleh orang kenamaan. Dan sudah tentu teh ini amat susah untuk dilihat hari ini.

ok jom minum teh sebelum teh yang ada pupus. :)